Sabtu, 22 Disember 2012

#PERGANTUNGAN#

Hidup sentiasa memerlukan seseorang sebagai tempat pergantungan...
Contoh tempat pergantungan seseorang adalah ibubapa,keluarga,rakan dan lain2 lagi..
Namun jika semua tempat pergantungan ini tiada,maka kita akan DOWN...seperti anak yatim piatu ,mereka tiada sesiapa pun di bumi ini...

Namun,sebaik-baik tempat pergantungan adalah ALLAH ...
Dia sentiasa kekal dan tidak pernah mati...Ingatlah, ALLAH tanpa kita,dia tetap ALLAH...Namun kita tanpa ALLAH adalah KOSONG...

Ketika aku solat,aku sering mengingatkan diriku bahawa aku adalah KOSONG tanpa ALLAH...Tika bersujud aku selalu memohon kpdNya supaya hatiku tidak lalai untuk mengingatiNya...

Bergantunglah kpd ALLAH sepenuhnya...Utamakanlah ALLAH dari segala-galanya...
Ingatlah bahawa dunia ni adalah ujian semata-mata...Kita hidup dan mati hanyalah kerana ALLAH...

Jangan pernah kecewa kerana tidak mempunyai sesiapa,namun kecewalah krn ALLAH sentiasa menunggu kita,walau kita lupa akanNya...

TAKBIR!!!

,#SERBAN#

Serban merupakan sunnah Rasulullah SAW...
Barangsiapa yg mencintai Rasulullah,maka ALLAH akan mencintainya juga,hadis drpd Rasulullah...

Bagaimana utk mencintai Rasulullah? Ikutlah sunnah baginda...

Aku sekarang sudah jatuh hati utk memakai serban dan juga kopiah...inspirasi dari ustaz azhar...

Serban banyak jenisnya,ada yg 3 hasta,7hasta dan 12hasta...
Aku suka serban yg macam ustaz don pakai...
Kopiah pulak suka mcm ustaz azhar pakai...

Dibawah terdapat gambar cara2 memakai serban...dan gambar ustaz don dan uai...

#SEKOLAH PONDOK#

~Sekolah pondok~

Sekolah pondok merupakan sekolah agama rakyat...lebih kpd agama...
Aku pelik knp hati aku tertarik utk ke sekolah ini?
Adakah ini petunjuk drpd ilahi?
Aku nk kesana tetapi pelbagai halangan yg harus diharungi...

1.Mak ayah...
Mak aku sering kali  mempertikaikan tahap sekolah pondok ni...dia kata sekolah pondok tiada masa depan!!!
Aku mempertahankan dgn berkata rezeki,masa depan,kebahagiaan semua di tangan ALLAH...
Bila ALLAH mengkehendaki,tiada sesiapa yg dpt menghalang...
Bila ALLAH kata 'yes',tiada sapa boleh kata 'no',
Bila ALLAH kata 'no' tiada siapa boleh kata' yes'...
Tapi restu mak ayah sangatlah penting....
Aku sekarang berada di form.3,dan aku ingin kesana tahun depan...tapi kerana mak aku,aku tangguhkan....mak aku kata pergilah ke pondok tapi selepas kau habis sekolah...
Tapi sempatkah? Aku takut jika aku tidak sempat...

Ya ALLAH,kau bantulah hambamu ini dlm memperjuang mencari ilmuMu...amin...

Aku berikrar walau apapun yg terjadi,aku akan tetap meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dlm mencari ilmu pengetahuan....
Takbir!!!

Jumaat, 21 Disember 2012

#KAWAN#

Kawan,sahabat,rakan,member,makna yg sama semuanya....
Cuma berbeza bunyi...berbeza tahap setiakawan...berbeza jiwa....berbeza pilihan...
Namun,jika ingin mencari sahabat sejati,kita haruslah menjadi sahabat yg sejati dulu...
Kawan makan kawan,kawan tikam kawan,isu yg selalu terjadi...
Ia merupakan satu bangunan yg dibina utk mengukuhkannya lagi...

Andai aku mempunyai sahabat seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali....amat bersyukurnya aku...[impian]

Selasa, 18 Disember 2012

#SURVIVE#

Aku dilahirkan dlm serba kekurangan,tdk terlalu kaya dan tdk terlalu miskin...
Sejarah bermula di Hospital Besar KL.Aku dilahirkan disini dan disini juga aku diazankan di telinga.
Aku juga kurang mndpt kasih sayang dek krn kesibukan ibu bapa...

Selepas meninggalkan alam bayi aku menjejak ke alam persekolahan..alam yg penuh dgn erti kehidupan...kawan karib juga terwujud diselangi dgn musuh juga..
Memori yg terbanyak diciptakan di alam persekolahan...belajar,belajar dan terus belajar...
Disini juga kita diuji dgn kisah persahabatan....keyakinan diri juga terbina disini..
Peperiksaan juga diharungi...mcm aku UPSR hanya 2A 1C 2B...

SEKOLAH MENENGAH...

Alam yg seronok,,tetapi disinilah merupakan hala tuju manusia...jika baik diolahnya maka baiklah olahannya,dan sebaloliknya...
Disini juga hubungan kasih sayang sesama sahabat diwujudkan.. kisah cinta juga terputik...iaitu cinta yg berpaksikan syariat islam....cinta krn ALLAH...
Disini juga terlahirnya identiti seseorang itu....dan aku masih berada di alam ini...dan besok keputusan pmr ku akan terungkai...
Telah pun terungkai aku berjaya mendapat Keputusan pmr sebanyak 1a3b4c....alhamdulillah ya allah....hala tuju tahun depan? [sekolah mengah] or [sekolah pondok]....ibubapa sbg halanganku!!!restu ibu or redha ALLAH? Berserah kpd yg tidak pernah mati...